Monday, July 27, 2009

Tingkap





Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu Melaka mengikut citarasa dan kepandaian tukang-tukang rumah dahulu. Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak-anak kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang mempunyai motif flora dan geometri yang pelbagai.
















Jubin (Tiles)




















Antara jubin-jubin berwarna yang menjadi
penghias tangga batu rumah Melayu Melaka. Pengaplikasian jubin-jubin ini menampakkan seri pada wajah tangga hinggakan fungsi tangga sebagai ruang naik-turun ke dalam rumah menjadi tempat bersantai.













Tangga



















Tangga rumah tradisional Melaka sememangnya terkenal dengan ciri binaannya yang diperbuat dari batuan konkrit. Struktur tangga ini bercirkan senibina dari negara China dengan dihiasi jubin-jubin (tiles) yang berwarna warna yang dimport dari Eropah seperti Holland dan Jepun. Penggunaan jubin-jubin yang berwarna-warni ini menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah, dan ciri inilah yang menjadi identiti utama senibina rumah Melayu Melaka. Pelbagai variasi tangga yang wujud dalam senibina ini dengan sentuhan tukang-tukang rumah yang mahir pada zaman tradisi. Tangga juga melambangkan status penghuninya suatu masa dahulu.

Reka Bentuk Rumah Melayu Melaka



Struktur binaan rumah Melayu Melaka sememangnya terkenal dengan penggunaan material dari kayu untuk bahagian tiang, dinding, pintu, tingkap dan beberapa bahagian lagi, manakala penggunaan bahan dari konkrit di bahagian tangga, batu alas dan sesetengahnya pula di bahagian lantai dan bahagian bumbungnya pula dari bahan daun rembia yang dikeringkan, zink, adex dan juga gentian genting. Rumah Melaka juga di kenali sebagai Rumah Serambi kerana struktur pada bahagian bumbung/perabungnya yang panjang dan tangganya yang diperbuat daripada bantuan konkrit serta diserikan lagi dengan hiasan jubin (tiles) pada permukaan dan sisi tangga. Batu alasyang berfungsi sebagai kaki rumah berbentuk empat segi nyata memberi perlindungan kepada struktur kayu daripada rosak daripada serangan cuaca dan serangga perosak.

Sunday, July 26, 2009

Pengenalan




Reka bentuk rumah Melayu Melaka sememangnya unik dan mempunyai nilai indentitinya yang tersendiri. Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas pembinaan rumah ini. Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri binaan dan motif ukiran adalah perlambangan cerminan jatidiri masyrakat Melayu tradisi yang mementingkan kerja tangan yaang halus dan teliti. Sebagai lambang sejarah dan warisan negeri Melaka, rumah-rumah Melaka masih dipelihara dengan baik hasil usaha banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri Melaka. Hasil tinggalan sejarah ini perlu dilestarikan agar tidak dipinggirkan dengan ledakan senibina moden yang lebih bersifat material dan futuristik.
Sumber: Pn.Zaiton Hj. Mohd Jani (Kesang), Pn.Hjh Rosnah Hj Ahmad (Kesang Barat), Tn.Hj Ayub Hj.Bahram (Pulau Sebang,Tampin), Tn.Hj.Hashim Taha (Pulau Sebang,Tampin), En. Atan Yatim (Lubok China), Pn.Aminah Ismail (Kg Ganun,Alor Gajah), En. Adam Ahmad (Semabok), Pn. Hendon (Londang), Hj. Jalil (Lereh), Pn. Kasmah (Duyong) dan rumah Mat Natar (Merlimau).